Serendipity
My thoughts ... and how I feel
Wednesday, 11 June 2014
Dress
Jahitan dress pertama untuk tahun ini... hehehe.. dah setengah tahun baru buat baju. Lepas siap dress untuk Heidi, sekarang tengah jahitkan baju melayu untuk Rayan pulak.
Monday, 14 April 2014
Start over?
Assalamualaikum,
Lamanya aku tak menyinggah di blog aku ni... dah hampir 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun macam-macam yg dah berlaku...
What I should do now? Hmmmm..... ok.. first thing first....
Firstly, change the outlook of this blog.... Warna hitam rasa dah tak ceria. Walaupun hitam tu klasik dan menawan bak kata sesetengah orang, tp warna tu menggambarkn mood yg lemah, dan tak bermaya..
Next, will upload more and blog more... ye ke ni?
Lamanya aku tak menyinggah di blog aku ni... dah hampir 2 tahun. Dalam tempoh 2 tahun macam-macam yg dah berlaku...
What I should do now? Hmmmm..... ok.. first thing first....
Firstly, change the outlook of this blog.... Warna hitam rasa dah tak ceria. Walaupun hitam tu klasik dan menawan bak kata sesetengah orang, tp warna tu menggambarkn mood yg lemah, dan tak bermaya..
Next, will upload more and blog more... ye ke ni?
Sunday, 29 April 2012
Susah dan Senang
Di kala kita senang, kita ramai kawan. Di kala kita susah, selalunya kita keseorangan.
Tapi apa itu susah? Apa itu senang?
Firma guaman dengan rakan kongsi telah hampir satu setengah tahun. Dalam tempoh setengah tahun, bermacam-macam cabaran dan dugaan yang mendatang. Ada satu ketika, aku tiada pendapatan hampir tiga bulan lamanya dan ia menjadikan aku hidup dalam keadaan tidak menentu. Duit simpanan hampir habis. Aku buntu. Tempoh tiga bulan itu telah berlalu, namun tempoh masa yang aku perlu untuk bangkit semula juga mengambil masa yang agak lama. Alhamdullillah aku masih bertahan.
Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk aku menempoh dugaan-Mu.
Tapi apa itu susah? Apa itu senang?
Firma guaman dengan rakan kongsi telah hampir satu setengah tahun. Dalam tempoh setengah tahun, bermacam-macam cabaran dan dugaan yang mendatang. Ada satu ketika, aku tiada pendapatan hampir tiga bulan lamanya dan ia menjadikan aku hidup dalam keadaan tidak menentu. Duit simpanan hampir habis. Aku buntu. Tempoh tiga bulan itu telah berlalu, namun tempoh masa yang aku perlu untuk bangkit semula juga mengambil masa yang agak lama. Alhamdullillah aku masih bertahan.
Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk aku menempoh dugaan-Mu.
Sunday, 3 July 2011
Marketing Seminar
On Friday, 1 July 2011, I have attended a seminar on "Internet Marketing Seminar" at Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. It was a very interesting seminar and it makes more important when the millionaire, Irfan Khairi gave a very interesting speech on the powerful of internet marketing. There are three important aspects we have to consider the moment we decided to venture into this field:
1) what to sell
2) where to get the product
3) how to promote the business.
Two my other friends, Rohayu Hamzah and Mohd Nazri Mohd Nor also attended, and I was really thankful to Mohd Nazri and his wife for inviting us to attend the seminar. Although at the moment I am in a service business, but at the same time, I'm thinking to selling products. ... which I have yet to decide.
Tuesday, 21 June 2011
Kejayaan, Kegagalan..... Usaha
Tiada orang boleh menjangka apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal dalam setiap pekerjaan kita. Setiap apa yang berlaku sentiasa ada hikmah disebaliknya.
There's always blessing in disguise in everything that had happened because everything happened with a reason and for a reason except that we might not be ready to face it, should it happen.
Kalau dulu aku selalu menganggap sebagai seorang pelajar yang berjaya, aku akan sentiasa berjaya. Tapi ada kalanya aku lupa juga bahawa setiap perkara itu juga hadir dalam keadaan berpasang-pasangan. Setiap yang berjaya, pasti ada juga kegagalannya.
Hari ini ada seorang client aku datang buat bayaran stakeholder. Mengikut ceritanya, dia dah 3 kali gagal dalam bisnes. Tapi setiap kali dia gagal setiap kali itu juga dia bangun semula. Aku lihat walaupun dia pernah gagal, tapi hari ini dia masih berjaya. Dia masih mampu membeli sebidang tanah yang berharga ratusan ribu ringgit dengan bayaran tunai.
Aku pernah lalui kegagalan dalam berbagai-bagai bentuk. Alhamdullillah, sehingga hari ini, aku masih berdiri tegak dan berjaya melawan segala kegagalan itu dan bangun kembali. Tempoh 2 tahun kebelakangan ini amat berat. Kadang-kala aku merasakan senyumku adalah paksa. Tapi aku tahu, tangisku adalah kata hati ku yang sebenarnya. Banyak yang telah berlaku dalam tempoh 2 tahun ini. Aku juga sedar, kebanyakanya dalam tempoh 2 tahun ini, semuanya aku lakukan demi emak, seorang yang sememangnya penting dalam hidup aku. Kalau dua tahun lepas aku takut untuk berhenti kerja kerana aku takut aku tiada pendapatan tetap sedangkan aku masih berhutang dengan bank, tapi setelah dua tahun, walaupun kadang kala ada di antara bulan-bulan, aku tidak dapat bayaran langsung dari kerja-kerja aku, tapi aku masih rasa senang. Kenapa? Mungkin betul kata jiran aku. "Kalau kita berkorban untuk ibu, segalanya akan datang dengan restu. Keikhlasan pengorbanan itu akan datang bersama restu".
Kejayaan akan datang dengan usaha. Kalau gagal setelah berusaha, itulah qada' dan qadar Allah S.W.T. InsyaAllah, aku akan terus berusaha...
Saturday, 18 June 2011
Jale a.k.a. Jhaa Lee
Aku tidak mengenali siapa diri Jale yang sebenarnya. Sepanjang tahun 1987, aku tak begitu kisah siapa itu Jale. Tapi bila masuk tahun 1988, aku perhatikan Jale ni pelik. Jale sentiasa tunjukkan yang dia tak suka akan kami yang perempuan ini. Setiap perbuatan atau percakapan kami seolah-olah sesuatu yang menyakitkan hati Jale. Apa salah kami Jale? Kenapa selalu bagi kami pandangan yang tidak menyenangkan?
Tanggal 10 Jun 2011 terungkai lah segala-galanya. Rupa-rupanya Jale seorang yang pemalu. Agaknya "male chauvinism" yang cukup kuat di dalam diri Jale menjadikan Jale seorang yang seolah-olah ego dan sombong. Malah kami sentiasa tertanya-tanya siapa itu Jale. Selama satu kelas dengan Jale sepanjang tahun 1987 dan 1988, dia seorang yang cukup kuat dengan "ke-Jawa-an"nya. Selama 23 tahun aku salah anggap kerana Jale tidak pernah tunjukkan dirinya yang sebenar.
Rupa-rupanya, 23 tahun yang lalu, Jale adalah seorang yang pemalu, terkejut melihat perempuan di dalam kelas kerana selama beliau sekolah, beliau hanya bersekolah di sekolah yang semuanya pelajar lelaki. Ketawa besar aku mendengar pengakuannya.
Tapi Jale yang aku kenali hari ini, memang lain daripada apa yang aku sangkakan. "Don't judge a book by its cover". Rupa-rupanya Jale ni seorang yang kelakar, cukup memahami dan senang bergaul. Kalau 23 tahun yang lalu, aku beranggapan bahawa aku tidak boleh duduk semeja dengan Jale,... tapi setelah rahsia terbongkar, semua tanggapan aku hilang.
Writing
It's been over a year since the last time I updated my blog. I miss writing or pen down my thoughts. I was too busy finding cases, looking for business to support myself.
For the record, I'm now a businesswoman.
Subscribe to:
Comments (Atom)
