Tiada orang boleh menjangka apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal dalam setiap pekerjaan kita. Setiap apa yang berlaku sentiasa ada hikmah disebaliknya.
There's always blessing in disguise in everything that had happened because everything happened with a reason and for a reason except that we might not be ready to face it, should it happen.
Kalau dulu aku selalu menganggap sebagai seorang pelajar yang berjaya, aku akan sentiasa berjaya. Tapi ada kalanya aku lupa juga bahawa setiap perkara itu juga hadir dalam keadaan berpasang-pasangan. Setiap yang berjaya, pasti ada juga kegagalannya.
Hari ini ada seorang client aku datang buat bayaran stakeholder. Mengikut ceritanya, dia dah 3 kali gagal dalam bisnes. Tapi setiap kali dia gagal setiap kali itu juga dia bangun semula. Aku lihat walaupun dia pernah gagal, tapi hari ini dia masih berjaya. Dia masih mampu membeli sebidang tanah yang berharga ratusan ribu ringgit dengan bayaran tunai.
Aku pernah lalui kegagalan dalam berbagai-bagai bentuk. Alhamdullillah, sehingga hari ini, aku masih berdiri tegak dan berjaya melawan segala kegagalan itu dan bangun kembali. Tempoh 2 tahun kebelakangan ini amat berat. Kadang-kala aku merasakan senyumku adalah paksa. Tapi aku tahu, tangisku adalah kata hati ku yang sebenarnya. Banyak yang telah berlaku dalam tempoh 2 tahun ini. Aku juga sedar, kebanyakanya dalam tempoh 2 tahun ini, semuanya aku lakukan demi emak, seorang yang sememangnya penting dalam hidup aku. Kalau dua tahun lepas aku takut untuk berhenti kerja kerana aku takut aku tiada pendapatan tetap sedangkan aku masih berhutang dengan bank, tapi setelah dua tahun, walaupun kadang kala ada di antara bulan-bulan, aku tidak dapat bayaran langsung dari kerja-kerja aku, tapi aku masih rasa senang. Kenapa? Mungkin betul kata jiran aku. "Kalau kita berkorban untuk ibu, segalanya akan datang dengan restu. Keikhlasan pengorbanan itu akan datang bersama restu".
Kejayaan akan datang dengan usaha. Kalau gagal setelah berusaha, itulah qada' dan qadar Allah S.W.T. InsyaAllah, aku akan terus berusaha...