Saturday, 18 June 2011

Jale a.k.a. Jhaa Lee

Aku tidak mengenali siapa diri Jale yang sebenarnya. Sepanjang tahun 1987, aku tak begitu kisah siapa itu Jale. Tapi bila masuk tahun 1988, aku perhatikan Jale ni pelik. Jale sentiasa tunjukkan yang dia tak suka akan kami yang perempuan ini. Setiap perbuatan atau percakapan kami seolah-olah sesuatu yang menyakitkan hati Jale. Apa salah kami Jale? Kenapa selalu bagi kami pandangan yang tidak menyenangkan?
Tanggal 10 Jun 2011 terungkai lah segala-galanya. Rupa-rupanya Jale seorang yang pemalu. Agaknya "male chauvinism" yang cukup kuat di dalam diri Jale menjadikan Jale seorang yang seolah-olah ego dan sombong. Malah kami sentiasa tertanya-tanya siapa itu Jale. Selama satu kelas dengan Jale sepanjang tahun 1987 dan 1988, dia seorang yang cukup kuat dengan "ke-Jawa-an"nya. Selama 23 tahun aku salah anggap kerana Jale tidak pernah tunjukkan dirinya yang sebenar.
Rupa-rupanya, 23 tahun yang lalu, Jale adalah seorang yang pemalu, terkejut melihat perempuan di dalam kelas kerana selama beliau sekolah, beliau hanya bersekolah di sekolah yang semuanya pelajar lelaki. Ketawa besar aku mendengar pengakuannya.
Tapi Jale yang aku kenali hari ini, memang lain daripada apa yang aku sangkakan. "Don't judge a book by its cover". Rupa-rupanya Jale ni seorang yang kelakar, cukup memahami dan senang bergaul. Kalau 23 tahun yang lalu, aku beranggapan bahawa aku tidak boleh duduk semeja dengan Jale,... tapi setelah rahsia terbongkar, semua tanggapan aku hilang.

No comments: